Menurut kamus dewan, hibrid bermaksud kacukan. Mengikut definisi kenderaan hibrid ialah kenderaan yang menggunakan on board reachargable energy dan bekalan kuasa berasaskan bahan api untuk mengerakkan kenderaan.

jadual

Kenderaan ini kurang menggunakan bahan api dan menghasilkan kurang pencemaran. Kenderaan hibrid menggunakan tenaga kinetik yang dihasilkan semasa membrek untuk mengecas semula bateri dengan menggunakan sistem regenerative brakingSesetengah kenderaan hibrid menggunakan enjin pembakaran untuk menghasilkan tenaga elektrik yang berfungsi untuk memutarkan motor generator sama ada untuk mengecas bateri atau memberi kuasa terus kepada motor elektrik yang digunakan untuk memacu kenderaan. Keadaan ini digunakan semasa kelajuan rendah.

Pada asasnya, hibrid adalah kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalam (Internal Combustion Engine) dan motor elektrik untuk memacu kenderaan. Di dalam sistem yang lebih kompleks,brake regenerative system berfungsi untuk menukarkan kuasa yang dihasilkan semasa membrek kepada tenaga yang boleh digunakan untuk mengecas semula bateri.

Program Profesional Automotif,Kolej Han Chiang menawarkan Kursus Singkat Program Hibrid melalu Jabatan Continuing Education Centre dengan pensijilan profesional dari pakar sektor Hibrid Automotif. Program ini ditawarkan kepada tiga kategori seperti dibawah :-
1) Sistem Asas Hibrid
2) Prinsip Sistem Hybrid
3) Operasi Sistem Hibrid Dan Diagnostik

Please follow and like us:

Comments are closed.